Sabtu, 07 Maret 2009

Tips Dalam Windows XP (01)

Penggunaan Sistem Restore bagi Windows

system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me'restore' file anda mengikut tarikh-tarikh tertentu dengan syarat mesti terdapat satu 'restore point'.

cara-cara hendak membuat restore bagi winXP:

1. buka help and support dan taipkan 'system restore' pada ruang searchbox.
2. banyak menulink yang keluar dan pilih "run the system restore wizard".
3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file ataupun membuat restore point.



Shortcut Key Windows


Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini..

window+d untuk minimize/maximize window
window+e untuk buka windows explorer
window+r untuk buka RUN
window+f untuk SEARCH
window+l log off user
window+u utility manager



Buang URL satu-persatu dari history


Biasanya kita dapat membuang URL pada Address Bar dengan pergi ke Tools > Internet Options > Clear History. Cara ini menyebabkan semua URL akan terpadam. Anda boleh membuang URL yang anda mahu tanpa membuangnya semua sekali pada address bar dengan cara…

1. Pergi Start > Run > Taip REGEDIT
2. Kemudian pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\InternetExplorer\ TypedURLs

3. Padamkan mana-mana value yang anda mahu.


Simbol untuk Internet


Pernahkah anda bersembang menerusi chat, membaca e-mel ataupun menyertai mana-mana forum di Internet, lalu terserempak dengan simbol-simbol aneh yang tidak anda fahami?

Sebenarnya banyak simbol yang boleh digunakan untuk menggambarkan emosi seseorang semasa berkomunikasi menerusi Internet. Memandangkan kita tidak dapat melihat wajah seseorang semasa chat atau e-mel, simbol-simbol atau juga dikenali sebagai smiley ini penting untuk menyampaikan sesuatu mesej supaya lebih berkesan.

Selain simbol, singkatan-singkatan tertentu juga digunakan untuk mewakili perkataan yang kerap ditaip. Singkatan seperti ini menjimatkan masa anda untuk menaip sesuatu ayat.

Berikut adalah beberapa simbol dan singkatan perkataan yang boleh anda guna (simbol-simbol smiley ini diinterpretasikan dengan menyengetkan kepala anda ke kiri!):

:) : senyum
:-) : gembira
(-: : senyum orang kidal
:=) : senyum orang utan
:3) : senyum orang hidung besar
:-B : senyum orang gigi jongang
:-D : ketawa
@:-) : senyum orang pakai serban
C=:-) : senyum tukang masak
{:-) : senyum orang pakai topi
:-}X : senyum orang pakai bow tie
8-) : senyum orang pakai kaca mata
[:-) : senyum orang pakai songkok
o<:-) : senyum santa claus
:-[ : drakula/vampire
;^) : senyum dengan cara 'mencemik' muka
=:-) : senyum orang berambut tegak/punk
:-~ : muka selamba
:-{ : orang ada misai
8(:-) : mickey mouse
:-( : sedih
;-( : menangis
:Õ-( : menangis
:-o : terkejut
:-O : terkejut besar
:-/ : ragu-ragu
:-\ : tak pasti
:-] : gembira
X-( : sudah mati
;-) : mengenyit mata
:-* : cium
:-II : marah
%-) : keliru
:-# : mulut kena plaster
:-(*) : kata-kata anda menyebabkan saya benci
:-P : menjelir
>;-> : a very lewd remark was made
:-& : lidah terikat
O:-) : pari-pari
:-@ : menjerit
:-^ : memuncungkan mulut

Banyak lagi simbol lain yang boleh anda fikirkan dan cipta sendiri dengan menggunakan kombinasi huruf yang terdapat pada papan kekunci anda. Contohnya, [:3B orang hidung besar gigi jongang pakai songkok.

Berikut pula adalah singkatan-singkatan perkataan yang selalu digunakan untuk meringkaskan ayat.

b4 : before
brb : be right back
btw : by the way
cu : see you
cul : see you later
lol : laughing out loud
oic : oh I see
tnx : thanks
wtg : way to go
bcoz : because
np : no probleam
bbl : be back later
tq : thank you
kewl : cool
ppl : people
irl : in real life
ic : I see
dmi : don't mention it
k : okay
rtm : read the manual
asap : as soon as possible
imho : in my humble opinion
fyi : for your information
aka : also known as
asl : age, sex and location

Tidak ada komentar:

Posting Komentar